Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Semua manusia akan binasa kecuali yang BERIMAN. Semua yang beriman akan binasa kecuali yang BERAMAL. Semua yang beramal akan binasa kecuali yang IKHLAS."

Selasa, 12 April 2011

Permohonan UPU 2011 bagi lepasan SPM 2010

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi pemohon UPU 2011 dan diminta peka dan semak laman web berkenaan. Sila baca dengan teliti.

Bagi pemohon lepasan SPM:

#Semakan temuduga (kursus yang ada temuduga)-
  1. 11 April 2011 di laman web UTM ( http://intake.utm.my/semakan/ )
  2. 12 April 2011 di laman web UPNM ( http://www.upnm.edu.my/index.php?req=74&id=14)
  3. 13 April 2011 di laman web UiTM ( http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg ) dan UPSI( http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/ )
Apabila nama anda tersenarai dalam senarai temuduga rujuk tarikh pada semakan temuduga tadi. Pastikan tempat dan masa diketahui. Buat persediaan awal seperti penampilan, kesihatan tubuh badan dokumen yang diperlukan dan pengetahuan bagi tentang kursus yang dipohon.

#Tarikh panggilan temuduga adalah dari 14 -18 April 2011.

#Keputusan permohonan akan diketahui pada bulan Mei 2011 di laman web ( upu.mohe.gov.my )

#Penerimaan tawaran pula akan diperolehi dalam bulan Mei dari pihak IPTA.

#Pangilan pelajar baru ke IPTA ialah pada 1 Jun 2011.

Isnin, 1 Mac 2010

Berfikiran Positif, Cara Hidup Sihat

1. Sahabat Datang dan Pergi
Sahabat sentiasa datang dan pergi dalam hidup kita. Adalah perkara yang sukar untuk diterima tetapi kebanyakan sahabat yang bersama anda sekarang mungkin tidak akan di samping anda dalam beberapa tahun akan datang.

Moral: Terdapat ramai lagi individu yang hebat di luar sana untuk bertemu dan membina hubungan dengan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ramai sahabat, usah tertekan kerana dalam persahabatan ini terdapat berjuta-juta kemungkinan.

2. Anda Tidak Semestinya Mendapat Apa yang Anda Inginkan
Anda tidak akan selalu mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup. Manusia mungkin akan terlepas peluang, akan menjatuhkan satu sama lain di mana anda tidak selalunya berada dalam keadaan selesa.

Moral: Usah melihat kebahagian sebagai sesuatu yang mampu dimiliki secara kekal. Sekiranya semuanya berlaku di luar kehendak anda, belajarlah untuk menerimanya. Hidup ini amat singkat untuk kekal malang.

3. Ramai Orang akan Menyayangi Anda, dan Akan Ramai Orang Bertindak Sebaliknya
Siapapun anda sama ada celebriti, pekerja kelas atasan ataupun orang biasa, akan wujud orang yang menyayangi anda walau apapun anda lakukan. Tetapi akan wujud juga beberapa orang yang tidak menyukai anda. Terdapat banyak kemungkinan untuk tidak disukai seperti cemburu, hampir sama dengan mereka, atau anda bukanlah orang yang mereka berkenan.

Moral: Bukan semua orang akan menyukai anda, itu tidak mengapa. Orang lain lebih suka menghabiskan masa bercakap mengenai anda itu adalah masalah mereka. Anda sudah cukup sempurna sebagai diri anda sendiri. Anda tidak semestinya memerlukan semua orang untuk mendapatkan keyakinan diri.

4. Tiada Siapa yang Dapat Mengubah Hidup Anda Sebagaimana Anda Lakukan
Akankah elok sekiranya kita tidak perlu untuk berdiri di atas pentas tetapi kita masih boleh membaca teks ucapan dan menjadi Jurucakap Yang Terbaik? Atau akankah elok sekiranya kawan-kawan kita boleh melakukan sesuatu yang hebat dan kita mengambil manfaat daripada mereka? Sokongan dan bantuan orang lain hanya boleh membawa anda lebih jauh dari kenyataan sebenar. Anda tetap perlu melakukan semuanya sendiri untuk mendapatkan perubahan yang besar dalam hidup anda sendiri.

Moral: Lakukan keputusan sendiri dan belajarlah untuk berdikari. Orang yang menjadi tempat anda bergantung tidak selamanya akan bersama anda dan sudah semestinya anda tidak mahu untuk orang lain sentiasa masuk campur dalam urusan yang menjadi kepentingan bagi diri anda sendiri.

5. Anda akan Melalui Kegagalan
Seperti kata-kata bijak pandai, "Hanya orang yang tidur tidak akan melakukan kesalahan"

Moral: Anda boleh mempelajari banyak perkara dari orang lain, tetapi kegagalan anda sendiri yang akan mengajar anda tentang perkara yang paling bermakna dalam hidup anda. Belajarlah dari kegagalan anda, hadapinya dan gunakan kegagalan tersebut sebagai petunjuk untuk anda menuju kejayaan.

6. Langit tidak Selalunya Cerah
Kadang-kadang anda telah bersedia untuk melakukan kerja anda dalam keadaan yang anda rancangkan, tetapi halangan mendatang. tidak semua perkara akan berakhir dan dapat anda lakukan dengan sempurna.

Moral: Usah rasa tertekan dengan perkara yang berada di luar kawalan anda. Belajarlah untuk menerima keadaan tersebut. Contohnya kematian atau bencana. Anda tidak boleh mengubah perkara yang lepas tetapi anda boleh mengubah bagaimana berhadapan dengan keadaan tersebut.

7. Tidak Akan lagi Ada Hari Esok
Sekurang-kurangnya bukan untuk anda. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal berlaku seperti kemalangan, sakit jantung dan malahan bencana yang mungkin tiba. Marilah hadapinya walaupun kita seolah0olah seperti akan hidup 70 tahun lagi, itu bukanlah masalah kepada kita. Sudah pastinya hidup kita akan berakhir tidak kira siapapun.

Moral: Lakukan sesuatu bermakna setiap hari. Pastikan semua orang yang anda sayangi tahu apa yang anda lakukan. Jangan risaukan perkara yang remeh tetapi pastikan anda telah lakukan apa yang anda inginkan.

8. Akan Ada Orang Lain yang Mendapat Kelebihan
Dalam apa-apa aspek sekalipun, duit, pasangan, kawan-kawan, akan ada golongan yang lebih baik berbanding anda. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan apa yang anda inginkan. Dengan adanya perasaan "inginkan sesuatu" akan memberikan anda pengajaran yang amat berguna. Contohnya walaupun anda tidak kaya, anda tidak perlu berfikir untuk mencurigai orang disekeliling anda.

Moral: Hanya kerana seseorang mendapat kelebihan dari anda, tidak bermakna mereka gembira. Bacalah beberapa artikel mengenai kisah hidup celebriti yang menyatakan bagaimana mereka menghabiskan wang berbanding bagaimana duit boleh memberikan mereka kebahagian. Fokuslah terhadap apa yang anda sukai bukan memikirkan apa perkara yang anda sukai bawa perubahan kepada anda.

Isnin, 15 Februari 2010

Indahnya Kemaafan

Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.

Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si isteri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasehat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberika jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.

Kerana si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab :

"Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak, anak kembar!!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb sampai tewas.

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah diatas aitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Kerana pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula hati manusia. Memaafkan itu lebih baik daripada berdendam.


Rabu, 20 Januari 2010

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera....=)




Selamat datang kepada semua pengunjung yang
baru bertamu disini. Terima kasih kerana TUAH anda telah membawa anda ke sini. Blog ini merupakan perkongsian mengenai pelbagai aspek pembangunan diri disamping merapatkan
silaturrahim.
Anda adalah dialu-alukan tidak kira apa bangsa, agama, nilai dan pegangan anda. Mungkin di sini boleh MERAWAT JIWA sesama kita. Sebarang cadangan boleh dihantar terus ke emel saya. Selamat melayari blog ini!!!=)