Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Semua manusia akan binasa kecuali yang BERIMAN. Semua yang beriman akan binasa kecuali yang BERAMAL. Semua yang beramal akan binasa kecuali yang IKHLAS."

Selasa, 12 April 2011

Permohonan UPU 2011 bagi lepasan SPM 2010

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting bagi pemohon UPU 2011 dan diminta peka dan semak laman web berkenaan. Sila baca dengan teliti.

Bagi pemohon lepasan SPM:

#Semakan temuduga (kursus yang ada temuduga)-
  1. 11 April 2011 di laman web UTM ( http://intake.utm.my/semakan/ )
  2. 12 April 2011 di laman web UPNM ( http://www.upnm.edu.my/index.php?req=74&id=14)
  3. 13 April 2011 di laman web UiTM ( http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg ) dan UPSI( http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/ )
Apabila nama anda tersenarai dalam senarai temuduga rujuk tarikh pada semakan temuduga tadi. Pastikan tempat dan masa diketahui. Buat persediaan awal seperti penampilan, kesihatan tubuh badan dokumen yang diperlukan dan pengetahuan bagi tentang kursus yang dipohon.

#Tarikh panggilan temuduga adalah dari 14 -18 April 2011.

#Keputusan permohonan akan diketahui pada bulan Mei 2011 di laman web ( upu.mohe.gov.my )

#Penerimaan tawaran pula akan diperolehi dalam bulan Mei dari pihak IPTA.

#Pangilan pelajar baru ke IPTA ialah pada 1 Jun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan