Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Semua manusia akan binasa kecuali yang BERIMAN. Semua yang beriman akan binasa kecuali yang BERAMAL. Semua yang beramal akan binasa kecuali yang IKHLAS."

Isnin, 1 Mac 2010

Berfikiran Positif, Cara Hidup Sihat

1. Sahabat Datang dan Pergi
Sahabat sentiasa datang dan pergi dalam hidup kita. Adalah perkara yang sukar untuk diterima tetapi kebanyakan sahabat yang bersama anda sekarang mungkin tidak akan di samping anda dalam beberapa tahun akan datang.

Moral: Terdapat ramai lagi individu yang hebat di luar sana untuk bertemu dan membina hubungan dengan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai ramai sahabat, usah tertekan kerana dalam persahabatan ini terdapat berjuta-juta kemungkinan.

2. Anda Tidak Semestinya Mendapat Apa yang Anda Inginkan
Anda tidak akan selalu mendapat apa yang anda inginkan dalam hidup. Manusia mungkin akan terlepas peluang, akan menjatuhkan satu sama lain di mana anda tidak selalunya berada dalam keadaan selesa.

Moral: Usah melihat kebahagian sebagai sesuatu yang mampu dimiliki secara kekal. Sekiranya semuanya berlaku di luar kehendak anda, belajarlah untuk menerimanya. Hidup ini amat singkat untuk kekal malang.

3. Ramai Orang akan Menyayangi Anda, dan Akan Ramai Orang Bertindak Sebaliknya
Siapapun anda sama ada celebriti, pekerja kelas atasan ataupun orang biasa, akan wujud orang yang menyayangi anda walau apapun anda lakukan. Tetapi akan wujud juga beberapa orang yang tidak menyukai anda. Terdapat banyak kemungkinan untuk tidak disukai seperti cemburu, hampir sama dengan mereka, atau anda bukanlah orang yang mereka berkenan.

Moral: Bukan semua orang akan menyukai anda, itu tidak mengapa. Orang lain lebih suka menghabiskan masa bercakap mengenai anda itu adalah masalah mereka. Anda sudah cukup sempurna sebagai diri anda sendiri. Anda tidak semestinya memerlukan semua orang untuk mendapatkan keyakinan diri.

4. Tiada Siapa yang Dapat Mengubah Hidup Anda Sebagaimana Anda Lakukan
Akankah elok sekiranya kita tidak perlu untuk berdiri di atas pentas tetapi kita masih boleh membaca teks ucapan dan menjadi Jurucakap Yang Terbaik? Atau akankah elok sekiranya kawan-kawan kita boleh melakukan sesuatu yang hebat dan kita mengambil manfaat daripada mereka? Sokongan dan bantuan orang lain hanya boleh membawa anda lebih jauh dari kenyataan sebenar. Anda tetap perlu melakukan semuanya sendiri untuk mendapatkan perubahan yang besar dalam hidup anda sendiri.

Moral: Lakukan keputusan sendiri dan belajarlah untuk berdikari. Orang yang menjadi tempat anda bergantung tidak selamanya akan bersama anda dan sudah semestinya anda tidak mahu untuk orang lain sentiasa masuk campur dalam urusan yang menjadi kepentingan bagi diri anda sendiri.

5. Anda akan Melalui Kegagalan
Seperti kata-kata bijak pandai, "Hanya orang yang tidur tidak akan melakukan kesalahan"

Moral: Anda boleh mempelajari banyak perkara dari orang lain, tetapi kegagalan anda sendiri yang akan mengajar anda tentang perkara yang paling bermakna dalam hidup anda. Belajarlah dari kegagalan anda, hadapinya dan gunakan kegagalan tersebut sebagai petunjuk untuk anda menuju kejayaan.

6. Langit tidak Selalunya Cerah
Kadang-kadang anda telah bersedia untuk melakukan kerja anda dalam keadaan yang anda rancangkan, tetapi halangan mendatang. tidak semua perkara akan berakhir dan dapat anda lakukan dengan sempurna.

Moral: Usah rasa tertekan dengan perkara yang berada di luar kawalan anda. Belajarlah untuk menerima keadaan tersebut. Contohnya kematian atau bencana. Anda tidak boleh mengubah perkara yang lepas tetapi anda boleh mengubah bagaimana berhadapan dengan keadaan tersebut.

7. Tidak Akan lagi Ada Hari Esok
Sekurang-kurangnya bukan untuk anda. Kita tidak pernah tahu apa yang bakal berlaku seperti kemalangan, sakit jantung dan malahan bencana yang mungkin tiba. Marilah hadapinya walaupun kita seolah0olah seperti akan hidup 70 tahun lagi, itu bukanlah masalah kepada kita. Sudah pastinya hidup kita akan berakhir tidak kira siapapun.

Moral: Lakukan sesuatu bermakna setiap hari. Pastikan semua orang yang anda sayangi tahu apa yang anda lakukan. Jangan risaukan perkara yang remeh tetapi pastikan anda telah lakukan apa yang anda inginkan.

8. Akan Ada Orang Lain yang Mendapat Kelebihan
Dalam apa-apa aspek sekalipun, duit, pasangan, kawan-kawan, akan ada golongan yang lebih baik berbanding anda. Itu tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan apa yang anda inginkan. Dengan adanya perasaan "inginkan sesuatu" akan memberikan anda pengajaran yang amat berguna. Contohnya walaupun anda tidak kaya, anda tidak perlu berfikir untuk mencurigai orang disekeliling anda.

Moral: Hanya kerana seseorang mendapat kelebihan dari anda, tidak bermakna mereka gembira. Bacalah beberapa artikel mengenai kisah hidup celebriti yang menyatakan bagaimana mereka menghabiskan wang berbanding bagaimana duit boleh memberikan mereka kebahagian. Fokuslah terhadap apa yang anda sukai bukan memikirkan apa perkara yang anda sukai bawa perubahan kepada anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan